STEVIA : PENGGANTI GULA SEMULA JADI
Penggunaan gula berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. YAB Perdana Menteri dalam kenyataan akbar mengatakan beliau tidak lagi mengguna gula dalam minuman teh.
Negara kita selalu menghadapi kekurangan bekalan gula terutama musim perayaan. Tambahan pula harga gula kerap kali dinaikkan. Ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan isu gula.Dalam isu gula, kerajaan telah membelanjakan lebih 1 bilion rinngit malaysia untuk menanggung subsidi, dan angka ini boleh dikurangkan sekiranya rakyat kurangkan pengunaan gula.
Mengguna gula berlebihan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 17% rakyat mengidap penyakit berpunca dari mengguna gula berlebihan. Untuk mencegah , penggunaan STEVIA adalah alternatif yang perlu diberi perhatian yang serius.



No comments:
Post a Comment