Stevia Rebaudiana adalah pemanis asli yang mampu mengambil alih sebagai pemanis mengganti gula. Kebanyakan negara di dunia telah mula mengguna Stevia sebagai pemanis kerana ianya baik untuk kesihatan dan kos yang rendah berbanding dengan gula biasa.
Asal Usul STEVIA
Pokok Stevia berasal dari Uruguay / Paraguay adalah sejenis pokok renek daunnya. 30 kali lebih manis daripada gula manakala ekstraknya pula 300 kali manis. Ia telah diguna sebagai pemanis dan ubatan oleh kaum Gurani Indian Uruguay/Paraguay sejak 1500 tahun dahulu.
Ia mula diperkenal di Eropah oleh S.Bertoni dalam tahun 1887, dan tanaman ini cuba dibiak di Kew Gardens London tahun 1942 tetapi tidak berjaya.
STEVIA Mula Digunakan Secara KOMERSIAL
Jepun mula mengguna pemanis Stevia dalam tahun 70 an diikuti oleh negara Cina dan Korea Selatan. Hari ini Jepun adalah pengguna stevia yang terbesar di dunia di mana 50% pemanis dalam makanan dan minuman adalah Stevia.
Pasaran Stevia memberansangkan. Dalam masa 2007-2008, pasaran Stevia ialah USD 5.5 Bilion dan menjelang 2015 pasaran Stevia dijangka USD 8.2 bilion. Ini bermakna tanaman Stevia ini berdaya saing.
Pasaran tempatan adalah pembuat ubatan tradisional,pembuat kek,yogurt,ubat gigi.Syarikat multinasional yang mengguna Stevia adalah NESTLE,COLGATE-PALMOLIVE dan GLAXO KLEEN SMITH.
![]() |
| Pengganti GULA |

No comments:
Post a Comment